Entries About Linkies Stuff

Bonjour !

~>bonjour !!speaking here i'm afiqah ~^_^..be nice here,, enjoy it. do follow and leave ur footprint at my cbox :]


The Message

Bigfoots!

Chit Chat Here
!




Archieve


Credit Sections

Basecode :
Ziera
Template By :FarahTyra
Header & Icons:Tieqa
Edited By : afiqah





patah hati

This Entry Belong to me ! : 18:54 | 0 Friend(s)



                                                                                                            
hye! Assalamualaikum,, kalau dengar patah hati pasti terlintas di benak fikiran tentang airmata yang berlinang, tentang perihnya hati seperti tersobek sobek, berdarah darah, dan teriris iris. 'Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati'.

 Menangislah kerana Allah.Seharusnya kita perlu bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAHmasih boleh menangisitu ertinya kita masih punya hati kanbukan hanya sekadar hatitapi hati yang sensitiveyang lembut dan yang mampu bahagia dan lukadan airmata yang mengalir ini boleh membersihkan kelopak mata kita  yang kusam menjadi bening kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata sehingga bening kembali kelopak mata milik saya bayangkan kalau kita tak nangis sebulan,ish3x menagislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita sendiri ... airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia,.


 Mungkin ada lagi nikmat ALLAH dibalik kata patah hati ini, cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta kelmarin mendengar suara 
 si dia lebih indah ditelinga kita dari suara azansms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca  dan berulang ulang agar lebih memahami ertinya lalu seberapa sering kita membaca semula sms sms dan surat cintae-mel dari si dia daripada kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang dalam Al quran

Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suaraindahnya, hikmah mulai terlihat bahawa di sebalik hati yang teriris iris berdarah darah ini ALLAH hendak mengembalikan saya kepada cintanya ALLAH, apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini? tidak ada kan, maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita nafikan? di sebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah, sahabat saya ada kata "cinta itu berhala jika salah menafsirkan, kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH"nauzubillahimindzalik, cinta tak salah mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH
" hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang"


Ketika kita kehilangan si dia, setiap kali kita ingat dia, kita mula gelisah,, merasa bahawa hanya saya di dunia ini yang hatinya patah, " maka yang kita perlu lakukan kemudian adalah berzikirjika belum tenang juga kita  bacalah  AlQuran sehingga tenangdari patah hati ini ALLAH mengembalikan kita kepadanyamaka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita nafikan

Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaanjika hari ini ALLAH masih menitipkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah olah dunia ini milik berduajumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solatjumlah bil telefon jadi lebih banyak dari duit yang kita sedekahkanduduk berduaan ditempat sepi jadi lebih indah dihati daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan sidia dari cinta menjadi tak cinta maka ganti kata patah hati dengan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita daripada si dia


#semogamendapatmanfaat


Post a Comment